Mereka Yang Kelaparan Dan Mereka Terlebih Makanan
Jika zaman Nabi Muhammad (pbuh) baginda sanggup kelaparan dari melihat rakyat dia kegeringan kerana tiada makanan. Dia berpura kekenyangan walau dipelawa makan kerana khuatir rakyatnya tak cukup makanan, sehingga baginda mengikat perutnya yang kelaparan supaya nampak cergas, semata mata untuk melindungi rakyat dari bersimpati terhadapnya kerana kelaparan.
Lalu, disitulah manusia, dan begitulah manusia, terlalu cepat melupakan mereka yang kelaparan dan kita menelan atau melahap makanan yang lazat lazat tanpa mempedulikan mereka yang memerlukan "Kasih".
Kadang kadang kita terlihat apabila seseorang datang meminta sedekah atau bantuan, ada yang sanggup menuding jari keatas, tanda menyuruh meminta bantuan dari Allah. Ia benar kita harus meminta pada Allah tetapi sudahkah kita lupa bahawa, kadang kadang rezeki diturunkan melalui orang ketiga, tidakkah itu adalah petanda yang Allah telah memberi rezeki?
Tangan yang meghulurkan bantuan itu amat besar ganjarannya, walau pon pemberian anda itu adalah kecil.
"Wiki Kasih" mengucapkan selamat membaca dan hulurlah bantuan dan janganlah menunggu bulan "Ramadhan" baru ingin memberi pahala kerana, pahala tidak mengenal bulan.
